Sejarah Sekolah

Pada 20.10.1945, tokoh-tokoh masyarakat Cina Perai meminta persetujuan daripada Lembaga Pengerus SJK( C )Chung hwa Pusat, Cawangan 1 dan 2 Butterworth untuk menubuhkan SJK(C)Chung Hwa 3 di Perai supaya memudahkan anak-anak di sekitar kawasan Perai.

Selepas mendapat persetujuan Jemaah Pengurus SJK( C)Chung Hwa, Butterworth, sebuah rumah atap yang beralamat No.42, Main Road, Perai telah dibeli untuk dijadikan bangunan sekolah pada 2.11.1945. Awal tahun 1956 SJKC Chung Hwa 3 telah ditubuhkan. Pada peringkat awal penubuhan sekolah, Datuk Yam Yoo Loon memegang jawatan sebagai Guru Besar Keempat-empat cawangan SJKC Chung Hwa.Memandangkan bilangan murid yang semakin meningkat, Lembaga Pengelola sekolah terpaksa mencari tapak bangunan sekolah baru. Pada tahun 1976, bangunan baru SJKC Chung
Hwa 3 telah siap dibina di Taman Senangin dan dirasmikan pembukaannya oleh Mendiang Datuk Tan Siang Sang pada 6.5.1977.

Selepas tiga tahun, blok kedua telah dibina dan blok ketiga siap dibina tahun 1986.
Dibawah sokongan pada penduduk-penduduk di sekitar Perai, dewan serbaguna SJK(C) Chung Hwa siap dibina pada tahun 2000 membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti-aktiviti dan
perhimpunan di tempat yang selesa dan bersesuaian. Pada tahun 2003 hingga sekarang, bilik guru dan pejabat di tingkat bawah bangunan dewan serta dewan besar telah dilengkapi dengan alat penghawa dingin.